SMK Tun Habab Naib Johan Sepak Takraw

Selepas menduduki tangga ketiga dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kota Tinggi bagi kategori Lelaki 15 Tahun, pasukan Glorious Tun Habab turut mencatatkan keputusan yang mengejutkan apabila berjaya ke peringkat akhir bagi kategori lelaki 18 tahun menewaskan pasukan daripada SMK Air Tawar. Walaupun telah 10 tahun SMK Tun Habab tidak bertanding dalam pertandinagn ini, namun anak buah cikgu Rohaimi berjaya membuat kejutan walaupun sekadar merangkul naib johan apabila tewas kepada pasukan daripada Kolej Vokasional Kota Tinggi dengan 3 set yang berlangsung di SMK Air Tawar pada 21 Februari 2019. Tahniah kepada kontinjen Sepak Takraw.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *