SMK Tun Habab Naib Johan Kejohanan Padang dan Balapan MSSD

CEO Kontinjen Olahraga SMK Tun Habab sedang mengira pingat emas yang dituai

Kontinjen Glorious Tun Habab berjaya menduduki tangga kedua Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Kota Tinggi yang berlangsung di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ibrahim, Bandar Penawar. Kontinjen SMK Tun Habab berjaya mengutip 14 emas, 21 perak dan 15 gangsa.

Tahniah dan penghargaan terima kasih kepada semua jurulatih yang bertungkus lumus melatih pelajar dan turut sama dengan peserta pada cuaca yang panas selama 5 hari di padang. Terima kasih juga kepada semua peserta yang beraksi cemerlang di padang dan usaha lagi untuk catatan yang lebih baik pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *