SMK Tun Habab Naib Johan Bahas

Lukman, yang bakal menggantikan YB Syed Saddiq sedang berbahas dalam pertandingan akhir menentang pasukan bahas SMK Air Tawar

Pasukan bahas SMK Tun Habab memecahkan rekod 10 tahun tidak pernah beraksi di peringkat akhir Bahas Ala Parlimen Daerah Kota Tinggi yang telah berlangsung di SMK Bandar pada 5 dan 6 Mac 2019. Membariskan Nur Aqila Awatif, Mohd Luqman Noor Fadzil, Nur Alifee Syazareen, Nur Adlina dan Nur Izzah Hazirah sebagai pembahas sekolah dengan bimbingan Puan Azimah binti Hamzah, Puan Norhuda binti Omar Ali, Puan Nurashikin binti Ishak dan Puan Ku Sunira binti Ku Johari akhirnya berjaya menempatkan diri di Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen. Namun begitu cabaran untuk mengalahkan pasukan johan selama bertahun berturut turut iaitu SMK Air Tawar belum dapat dilaksanakan.
Laluan yang agak sukar di lalui bermula dengan peringkat suku akhir bertemu pasukan bahas daripada SMKA Bandar Penawar. Kemudiannya ke peringkat separuh akhir menemukan SMK Tun Habab dengan pasukan SMK Semenchu dan dengan kemenangan ke atas SMK Semenchu melayakkan SMK Tun Habab bertarung di pentas akhir. Moga pasukan bahas akan terus bersemangat untuk tahun hadapan. Syabas dan tahniah kepada semua jurulatih dan pembahas Glorious Tun Habab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *