Rumah Tuah Johan Kejohanan Merentas Desa

Tahniah kepada rumah Tuah apabila berjaya mengutip pingat emas dalam Kejohanan Merentas Desa Tahun 2020. Kejohanan Merentas Desa kali ini dapat menonjolkan bakat-bakat baru terutamanya bagi kategori Lelaki dan Perempuan 14 tahun. 

Cikgu Nurul Jalallah binti Abd. Hamid yang merupakan kapten rumah Tuah sangat berpuashati dan gembira apabila Tuah dapat mengekalkan kejuaraan seperti musim-musim yang lalu.

Kepada rumah-rumah lain seperti Lekir, Jebat dan Kasturi, jangan mudah berputus asa. Masih ada peluang untuk menebus kekecewaan dalam Kejohanan Padang dan Balapan pada bulan Februari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *