Perkhemahan Survivor Challenge KRS peringkat Kebangsaan


Pada 13 hingga 15 April 2019 telah diadakan Perkhemahan Survivor Challenge KRS peringkat Kebangsaan. Perkhemahan berlangsung di Kem As Salam, Sg Bayor, Selama, Perak yang dianjurkan oleh Sekretariat KRS Negeri Perak khususnya daerah Larut, Matang dan Selama. Seramai 34 orang ahli KRS telah terlibat dan dua orang guru dari SMK Tun Habab iaitu cikgu Azimah Binti Hamzah dan cikgu Mohammad Azri bin Abdullah. Tajaan pengangkutan adalah sumbangan daripada peserta, PIBG dan Koperasi SMK Tun Habab. Terima kasih kepada semua peserta, Ibu bapa, Guru-guru penasihat KRS, Guru-guru, PK Kokurikulum dan Pengetua yang memberikan sokongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *