Perkhemahan PKBM Peringkat Gabungan 6RRD

Leftenan Zana dan Kapten Hanif menamatkan latihan di kem PULADA

Pada 4 hingga 8 Mac 2019, seramai 38 orang pelajar SMK Tun Habab yang terdiri daripada 24 kadet lelaki dan 14 kadet perempuan telah menghadiri aktiviti perkhemahan PKBM Peringkat Gabungan 6RRD bertempat di Kem PULADA. Mereka adalah gabungan daripada kadet baru dan lama yang turut berkumpul dengan kadet-kadet daripada sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi. Pada hari pertama mereka dikehendaki mendirikan khemah dan menjalani latihan kawad. Aktiviti PKBM siteruskan dengan latihan kawad kaki dan merentas halangan pada hari kedua. Masuk hari ketiga, semua kadet dikehendaki menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Kem PULADA. Manakala pada sebelah malam, mereka menghadiri kelas membaca peta. Pada hari keempat aktiviti perkhemahan, kadet-kadet dikehendaki menyertai pertandingan futsal dan malam akrab. Platun SMK Tun Habab telah menerima hadiah johan pertandingan futsal dan tempat keempat dalam aktiviti merentasi halangan. Tahniah diucapkan kepada semua kadet Glorious Tun Habab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *