Pasukan Catur Glorious Tun Habab Hebat

Tahniah kepada jurulatih dan pemain catur SMk Tun Habab kerana menyapu juara keseluruhan Kejohanan Catur MSSD Kota Tinggi bagi kategori Sekolah Menengah. Kejohanan Catur MSSD yang berlangsung selama dua hari di SMK Linggiu telah meletakkan SMK Tun Habab sebagai lawan yang sukar untuk ditewaskan. 

Norfarzana Atiqah binti Mohd Zolkarnaen menjadi johan bagi kategori Perempuan 15 Tahun dan Muhammad Haiman Aqel bin M.C. Indra pula bagi katgeori Lelaki 18 Tahun. SMK Tun Habab turut menerima hadiah bagi kategori Lelaki 18 Tahun keseluruhan dan Muhammad Haiman Aqe; sekali lagi dinobatkan bagi kategori Bestboard Lelaki 18 Tahun.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua pemain yang turut menyumbangkan mata kepada pasukan Glorious Tun Habab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *