Pasukan Bola Jaring Raikan Kemenangan Keempat

Tahniah kepada jurulatih dan pemain bola jaring Glorious Tun Habab apabila berjaya meraih kemenangan keempat pada tahun 2019. Pertandingan Bola Jaring Bawah 14 Tahun ini telah berlangsung pada 4 November 2019 si Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

Pasukan Glorious Tun Habab berjaya menewaskan SMK Air Tawar dengan jaringan 7 – 3. SMK Tun Habab turut mengalahkan pasukan Amazing Laksamana dengan 7 – 3 dan menewaskan pasukan dari SMK Taman Seri Saujana dengan 12 – 3 pada perlawanan akhir sebelum muncul sebagai juara.

Terdahulu pasukan bola jaring SMK Tun Habab telah memenangi Johan Pertandingan Bola Jaring MSSD Kota Tinggi bagi kategori bawah 15 Tahun, bawah 18 tahun dan Tingkatan 6 pada tahun yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *