Majlis Perasmian Program Pembangunan Bola Sepak DTC-JDT 2019


Tahniah kepada SMK Tun Habab kerana Program Pembangunan Bola Sepak DTC-JDT Kota Tinggi bagi tahun 2019 telah menerima penajaan daripada produk XT-Cool. Susulan dengan itu, majlis perasmian Program Pembangunan Bola Sepak DTC-JDT telah berlangsung pada 27 Januari 2019. Majlis yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Yasman bin Jamsir (Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor), Encik K Sukumaran (Pengurus Pembangunan Kelab Bola Sepak Negeri Johor), Encik Sahril bin Hj. Solehan(Penaja Utama Produk XT-Cool), Encik Azman bin Hj. Alimi (Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kota Tinggi), Encik Mohamad Faizal bin Sarman (Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Johor), Encik Hanafi bin Ali (Penolong Pengarah MSSM Pendidikan Negeri Johor), Encik Solikin bin Ahmad (Penyelaras Program DTC-JDT Kota Tinggi), Encik Norazan bin Hamid (Penyelias Sukan PPD Kota Tinggi) dan Encik Muaiz bin Hj. Othman(Perunding Fisioterapi Sukan MHO Physio System). Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja DTC-JDT SMK Tun Habab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *