Majlis Pelancaran Petronas All About Youth 2019

Pada 21 Mei 2019 (Selasa) telah diadakan Majlis Pelancaran Petronas All About Youth (AAY) di Dewan Sri Tun Habab. Majlis ini dirasmikan oleh Cikgu Zakaria bin Abd Jalil, Pengetua SMK Tun Habab. Majlis pelancaran ini bertujuan memperkenalkan Team Glorious Estrella kepada warga Tun Habab yang terdiri daripada 10 orang pelajar tingkatan 4 dan 10 orang pelajar tingkatan 2 yang sedang bersaing dengan 9 buah sekolah yang lain dalam Negeri Johor. Pertandingan yang bertemakan “Mengurangkan Pelepasan Karbon Demi Masa Depan Yang Lebih Baik” ini memerlukan setiap sekolah yg bertanding mencipta produk atau inovasi bagi mengurangkan pelepasan karbon yang memberi kesan kepada Rumah Hijau. Oleh itu, team Glorious Estrella telah mencipta pendingin hawa (air conditioner) yang dinamakan “PELTZ” yang dapat menjimatkan elektrik, tidak menggunakan gas dan yang paling penting dapat mengurangkan pelepasan karbon ke atmosfera. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Encik Mohd Hizami Roslan, wakil daripada Yayasan Petronas Kuala Lumpur. Diharapkan team Glorious Estrella berjaya menjadi Johan peringkat negeri seterusnya mewakili Negeri Johor dalam pertandingan peringkat kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *