Kejohanan Bola Jaring MSSD Kota Tinggi


Pada 28 dan 29 Januari 2019, SMK Tun Habab telah dipilih untuk mengelolakan Kejohanan Bola Jaring MSSD Kota Tinggi bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru (RAMSAU). Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki pasukan Glorious Tun Habab apabila bergelar juara bagi kedua-dua kategori Bawah 15 dan 18 tahun dan sekaligus merangkul johan keseluruhan pertandingan bagi tahun 2019. Tahniah diucapkan kepada semua pengurus, jurulatih dan pemain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *